Teknik menulis karangan bertahap A1

Salam sejahtera diucapkan kepada, Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Pada hari yang mulia ini, saya, ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Teknik menulis karangan bertahap A1". (Teknik memulakan syarahan berpiawai ISO 9003. Hafalkan teknik ini)

Tuan-tuan dan puan-puan (teknik berinteraksi dengan tuan-tuan dan puan-puan)

Saya masih ingat bahawa tidak lebih daripada 4 tahun dahulu, saya tidak mempunyai sebarang masalah menulis karangan beribu-ribu perkataan panjang (ini dipanggil teknik hiperbola). Sekarang, setiap ayat yang ditulis oleh saya merupakan satu kesakitan di kawasan punggungku (ini dipanggil teknik penterjemahaan kasar). Soalannya, bagaimanakah tahap penguasaan bahasa Melayu saya boleh merosot dengan begitu mendadak dalam tempoh 4 tahun sahaja? (Ini dipanggil teknik menanyakan soalan dalam karangan. Teknik ini amat digalakkan oleh guru-guru bahasa Melayu kerana kebolehan seseorang penulis karangan berkorelasi langsung dengan bilangan soalan yang berjaya ditanyakan olehnya dalam rencana tersebut. Fakta ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang menunjukkan bahawa 98% karangan yang bermutu tinggi mempunyai 87% lebih banyak soalan berbanding dengan karangan bermutu rendah. Teknik baru in pula dipanggil teknik menyelit statistik dalam karangan. Kebenaran statistik tersebut adalah tidak penting)

Adolf Hitler pernah berkata: "Ich mag Tiergeschlecht!" (Teknik menggunakan bahasa asing dan mamaparkan nasihat tokoh sejarah digabungkan untuk membentuk teknik memaparkan nasihat tokoh sejarah dalam bahasa asing. Teknik ini merupakan teknik bertahap dua yang hanya sesuai digunakkan oleh penulis yang mempunyai pengalaman menulis rencana sampah tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 75 tahun, sebagaimana diarahkan oleh Seksyen 300(c), Akta Rencana Sampah (1957)). Kita patut menyahut seruan tokoh gagah tersebut untuk memajukan bangsa kita dari segi fizikal dan rohani demi kesejahteraan seluruh dunia (Teknik menulis ayat bermakna kosong yang sedap dibaca)

Bak kata pepatah Hong Kong, "Emak kamu begitu gemuk, apabila dia lompat kegembiraan, dia tersangkut pula". Di sini, teknik memasukkan peribahasa dan lain-lain perkataan hikmat telah disuntik dengan budaya luar negara untuk menunjukkan keberkesanan kesan globalisasi (Satu lagi contoh teknik ayat yang sememangnya tidak masuk akal tetapi sedap didengar)

Kesimpulannya (ini bermaksud karangan telah sampai ke kesimpulan), Bismillah ir-Rahman ir-Rahim. Sallal laahu alaihi wasallam. Allahuakbar! (Teknik menyamar sebagai seorang orang Melayu. Ini merupakan teknik sulit yang menjaminkan A1 dalam sebarang peperiksaan awam di Malaysia)

Sekian, terima kasih.

0 comments: